Prosiding Mal di Mahkamah Rendah Syariah: Kajian Pelaksanaan Majlis Sulh di Negeri Kedah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Autor: Muhd Taufiq A Rashid, Ahmad Azam Mohd Shariff, Tuan Nurhafiza Raja Abdul Aziz, Muhammad Helmi Md Said
Rok vydání: 2021
Zdroj: Kanun Jurnal Undang-undang Malaysia. 33:305-328
ISSN: 2682-8057
0128-2670
Popis: Pengurusan tuntutan mal di Mahkamah Syariah secara lazimnya mengambil masa untuk diselesaikan. Kaedah Sulh adalah penyelesaian pertikaian alternatif bagi menyelesaikan pertikaian tuntutan antara pihak yang terlibat. Objektif pertama kajian adalah untuk mengenalpasti tatacara pengurusan kes-kes mal khususnya yang melalui Majlis Sulh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kedua, adalah untuk menganalisis mekanisme kejayaan Majlis Sulh dalam tempoh pelaksanaan PKP di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Metodologi yang digunakan di dalam kajian perundangan ini adalah dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis kandungan yang dikumpul melalui enakmen, peraturan dan kajian kepustakaan. Dapatan kajian mendapati proses Majlis Sulh yang menjimatkan masa dan kos jika dibandingkan dengan kes-kes melalui perbicaraan di dalam mahkamah terbuka antara faktor perjanjian penyelesaian berjaya direkodkan. Dapatan juga mendapati sebahagian pihak-pihak turut menerima kesan impak pelaksanaan PKP dan Majlis Sulh adalah mekanisme yang efektif bagi mencapai persetujuan secara bersama mengikut keperluan dan kepentingan pihak-pihak. Manakala dalam pengurusan kes-kes secara atas talian, pemerkasaan secara maksimum penggunaan teknologi atas talian hendaklah dilebarkan agar perkhidmatan keadilan sentiasa dititikberatkan samada dalam kes-kes perlu melalui Majlis Sulh atau sebaliknya sebagai alternatif kepada kehadiran fizikal di Mahkamah Syariah.
Databáze: OpenAIRE