Popis: |
Kemampuan memiliki rumah sendiri adalah berkait rapat dengan pelbagai faktor yang antaranya ialah faktor ekonomi dan faktor sosial. Peningkatan migrasi luar bandar ke kawasan Bandar menyebabkan berlakunya kenaikan harga rumah, pendapatan yang tidak mencukupi dan kos sara hidup yang tinggi yang telah menyebabkan golongan belia menghadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemampuan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri di Batu Kurau dan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik terhadap 85 orang responden yang dipilih secara rawak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis kekerapan dan kaedah analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang terdiri dari kalangan belia di Batu Kurau, Perak memiliki tahap sebenar kemampuan pemilikan rumah adalah hanya mampu memiliki rumah sendiri pada harga di bawah RM150,000 seunit. Manakala faktor-faktor utama yang mempengaruhi kemampuan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri ialah faktor masalah kelayakan mendapatkan pinjaman perumahan, faktor bayaran wang pendahuluan yang tinggi semasa membeli rumah, faktor harga rumah yang mampu dimiliki tetapi tiada dalam pasaran perumahan serta faktor tanggungan bilangan anak yang ramai dan faktor tanggungan jumlah ahli keluarga yang ramai. |