Kepelbagaian Dan Kesepaduan Etnik Di Malaysia Menurut Islam

Autor: Rawi Nordin, Siti Nurul Izza Hashim, Mohd Faizal P Rameli, Noor Aziera Mohamad Rohana
Rok vydání: 2017
Předmět:
Zdroj: Sains Insani. 2:88-97
ISSN: 0127-7871
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol2no2.41
Popis: This study discusses the existence of various ethnic groups in Malaysia based on the country's history. The ethnic diversity is a proof of the greatness of Allah SWT. Therefore, various efforts have to conduct sensibly to achieve the goals and the secret behind the creation of human beings, without distinction of race, religion and countries around the world including Malaysia. The objective of this study is to describe some of the verses of Surah al-Hujuraat about the reality and the reasons behind the creation of ethnic diversity. The study also aims to examine the determinants of ethnic diversity that existed in Malaysia based on historical and current realities. This study uses library research methodology through document analysis method. The results showed that the greatness of Allah SWT in creation of multi-ethnic as stated in Surah al-Hujuraat, can be seen all over the world including in Malaysia. In fact, the diversity of which contains a lot of disagreement can cause the delirium in any country. However, a prudent approach as the implementation of integration without sacrificing any of the races in Malaysia allows the country to maintain its prosperity and development altogether with this diversity. Keywords: ethnic diversity, Malaysia, unity, Islam. ABSTRAK: Kajian ini membincangkan tentang asas kewujudan pelbagai etnik di Malaysia berasaskan sejarah pembentukan negara Malaysia. Kepelbagaian etnik merupakan satu bukti keagungan Allah SWT. Justeru itu, bagi mencapai matlamat dan hikmah penciptaan tersebut, pelbagai inisiatif dan langkah konstruktif perlu dilaksanakan secara bijaksana di pelbagai peringkat sama ada individu, masyarakat apatah lagi pemerintah berpandukan maksud tersirat di sebalik firman Allah SWT tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan beberapa ayat dari Surah al-Hujuraat mengenai hikmah kerencaman etnik yang wujud dengan melihat faktor pembentukan pelbagai etnik di Malaysia dari sudut sejarahnya dan korelasinya dengan realiti semasa dalam rangka membentuk keharmonian etnik. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan menerusi kaedah analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa keagungan Allah SWT dalam penciptaan etnik yang pelbagai sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Hujuraat, dapat dilihat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Hakikatnya, kerencaman dan kepelbagaian yang wujud menimbulkan keragaman yang berbeza dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam sesebuah negara. Namun demikian, pendekatan yang bijaksana dan bersifat inklusif tanpa mengetepikan mana-mana kaum di Malaysia membolehkan negara ini kekal harmoni dan membangun dengan kepelbagaian yang ada. Kata kunci: Kepelbagaian etnik, Malaysia, perpaduan, Islam.
Databáze: OpenAIRE