Analisa Perspektif Kepentingan Akta Profesion Kerja Sosial di Malaysia

Autor: Mohd Suhaimi Mohamad, Muhammad Dhamir Audi Azizul, Samir Muhazzab Amin
Rok vydání: 2020
Předmět:
Zdroj: ‘Abqari Journal. 23:196-212
ISSN: 2504-8422
DOI: 10.33102/abqari.vol23no1.295
Popis: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperkenalkan Akta Profesion Kerja Sosial untuk mengawal selia pekerja sosial di Malaysia. Penubuhan akta kerja sosial ini menyumbang kepada perkembangan kemajuan profesion kerja sosial di Malaysia. Oleh itu, artikel ini membincangkan tentang perspektif kepentingan kewujudan akta profesion kerja sosial di Malaysia. Lima orang informan kajian daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 - 48) yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institut Sosial Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif melalui pendekatan fenomenologi. Antara perspektif yang diutarakan oleh informan kajian adalah akta profesion kerja sosial sebagai medium mengukuhkan keadilan sosial, akta memberi pengetahuan dalam melakukan praktis dan perlindungan pekerja sosial, akta membantu kerajaan dalam menguruskan isu atau permasalahan sosial, akta sebagai medium pengukuhan program pendidikan kerja sosial yang bersepadu, dan akta mengawal selia kelayakan jawatan pekerja sosial. Oleh itu, sokongan sosial dan inisiatif pelbagai pihak dalam mengukuhkan keberkesanan akta profesion kerja sosial ini seharusnya konsisten untuk memastikan akta ini terus berfungsi sebagai agen utama kemajuan profesion kerja sosial di Malaysia. The Ministry of Women, Family and Community Development will introduce the Social Work Professionals Act in Malaysia. This article discusses the perspective of significance of the social work profession act in Malaysia. This study is a qualitative study using face-to-face interviews among Management and Professional Groups (Grades 41 - 48) in the Department of Social Welfare and the Malaysian Social Institute. Sample selection was carried out through purposive sampling technique and data were analyzed using thematic analysis through an inductive approach that focused on coding to obtain key themes. Their perspectives include the act of strengthening social justice, helping with practical practice, helping to manage social issues, strengthening social work education programs, and regulating social work eligibility. This article found that a multi-party initiative to strengthen the effectiveness of the social work profession is necessary to ensure that it acts as a main agent of the development of the social work profession in Malaysia.
Databáze: OpenAIRE