Autor: |
Norhidayu Zainuddin, Ahmad Fauzi Ismail, I. Abdul Rahman, Suria Ramli |
Rok vydání: |
2017 |
Předmět: |
|
Zdroj: |
Sains Malaysiana. 46:1797-1805 |
ISSN: |
0126-6039 |
DOI: |
10.17576/jsm-2017-4610-17 |
Popis: |
Gambar rajah fasa pseudo-ternari sistem mikroemulsi asid oleik/Cremophor rh 40/Transcutol/Air diperoleh melalui pentitratan air pada nisbah surfaktan:kosurfaktan (Km) yang berbeza. Nisbah optimum bagi surfaktan/kosurfaktan adalah Km=2:1. Kesan penambahan limonena sebagai fasa minyak campuran terhadap sistem mikroemulsi diuji pada nisbah limonena:asid oleik (1:1, 2:1 dan 3:1). Penambahan limonena berupaya menghasilkan rantau mikroemulsi yang lebih besar sehingga 70%-80 % bt. air bagi kesemua nisbah limonena:asid oleik. Nisbah limonena:asid oleik (1:1) memberikan rantau mikroemulsi yang paling luas pada nisbah minyak:surfaktan/kosurfaktan (Minyak:S/KoS=1:9). Sifat isotropik mikroemulsi ditentukan dengan menggunakan mikroskopi cahaya polarasi. Mikroemulsi dibangunkan pada nisbah Km=2:1 dan Minyak:S/KoS (1:9) serta limonena:asid oleik (1:1). Kestabilan dan saiz partikel bagi sistem dikaji dan penambahan limonena didapati tidak merubah sifat serta mikro-struktur sistem mikroemulsi. Kajian konduktiviti elektrik dan kelikatan sistem menunjukkan pembentukan mikroemulsi jenis air-dalam-minyak (10% dan 20 % bt. air) dan dwiselanjar (30%-50 % bt. air). Kesemua sistem mempunyai potensi sebagai sistem penghantar bahan aktif dan menunjukkan kestabilan yang baik pada suhu 4, 25 dan 37°C dalam tempoh lebih daripada 6 bulan. |
Databáze: |
OpenAIRE |
Externí odkaz: |
|