KOSA KATA ARKAIK DARI UYU’ NASO ANAK DI LONG PASIA: SATU KAJIAN KETERANCAMAN BAHASA LUNDAYEH

Autor: FRANK DAWAT YUSIA, null KAVITHA GANESAN, null JANE WONG KON LING, null ANANTHA RAMAN GOVINDASAMY
Rok vydání: 2022
Zdroj: MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). 33:131-155
ISSN: 2590-4086
1511-1989
Popis: Uyu’ atau lagu mendodoi anak merupakan salah satu jenis tradisi lisan rakyat bagi masyarakat etnik Lundayeh. Isi kandungan uyu’ penuh dengan unsur nasihat, lambang sosiobudaya, nilai kepahlawanan dan falsafah. Namun, uyu’ mula dilupakan khasnya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menghidupkan semula tradisi lisan dengan membuat penelitian kepada kandunganya. Untuk kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada kosa kata arkaik golongan kata kerja dari uyu’ naso anak di Long Pasia. Pengkaji telah menggunakan pendekatan dengan kajian kualitatif melalui kaedah kajian lapangan dan temu bual bagi menghasilkan dokumentasi kosa kata arkaik golongan kata kerja dari uyu’ naso anak melalui kajian kepada tiga generasi (datuk nenek, ibu bapa dan kanak-kanak). Seterusnya, data akan dianalisis menggunakan skala keterancaman bahasa UNESCO (2009), edisi yang menetapkan tahap bahaya sedikit berbeza daripada edisi sebelumnya. Terminologi baharu ini adalah berdasarkan rangka kerja Vitality dan Endangerment Bahasa UNESCO yang menetapkan enam darjah daya hidup atau bahaya berdasarkan sembilan faktor. Dapatan kajian mendapati bahawa generasi kanak-kanak kehilangan kosa kata paling tinggi, apabila menyatakan 10 daripada 27 kosa kata kerja adalah arkaik. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sudah tidak menuturkan bahasa warisan di rumah. Seharusnya, uyu’ etnik Lundayeh mesti dipergiatkan kerana mengandungi pelbagai unsur bahasa, selain melambangkan sosiobudaya, falsafah dan nilai masyarakat. Langkah mengaplikasikannya adalah salah satu usaha untuk memperkasa dan melestarikan kosa kata bahasa yang hampir pupus agar terus diwarisi generasi ke generasi. “Uyu” or song lullaby is a type of folk oral tradition in theLundayeh ethnic community. The content of “uyu” is full of elements of advice, socio-cultural symbols, heroic values, and philosophy. However, “uyu” is gradually being forgotten, especially among the younger generation. Therefore, this study was conducted to revive the “uyu’ oral tradition by examining its content. In this study, the researchers focused on the archaic vocabulary of the verbs from “uyu’ naso anak” in Long Pasia. The researchers adopted a qualitative research using field research methods and interviews to produce archaic vocabulary documentation of verbs from “uyu’ naso anak” through a study of three generations (grandparents, parents and children). Next, the data were analyzed using the UNESCO language risk scale (2009), the edition of which sets the level of danger slightly different than the previous edition. This new phrasing depends on the UNESCO Language Vitality and Endangerment framework that sets six degrees of vitality or danger based on nine factors. The findings of the study found that the children (younger generation) has lost the highest vocabulary, when stating 10 out of 27 vocabularies were archaic. Thus, this indicates that the children no longer speak the heritage language at home. The Lundayeh ethnic “uyu” must be promoted because it contains various elements of language other than community values. One of the efforts to strengthen and preserve the vocabulary of a language that is almost extinct is through application to ensure the language continues to be inherited from generation to generation.
Databáze: OpenAIRE