Popis: |
Bantuan modal zakat merupakan salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi zakat di Malaysia bagi membantu golongan asnaf melibatkan diri dalam dunia perniagaan seterusnya merubah kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul seperti berlaku penipuan ke atas bantuan yang diberikan, kegagalan usahawan asnaf dalam perniagaan, serta modal yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan modal yang disediakan oleh Institusi zakat serta mengenal pasti sejauhmanakah pencapaian bantuan modal membantu asnaf dalam perniagaan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual seramai 12 orang informan asnaf dan 5 orang pegawai zakat. Tema yang terhasil daripada persoalan pertama berkaitan dengan bentuk bantuan modal perniagaan ialah bantuan kemahiran, bantuan peralatan dan bantuan kewangan. Manakala tema yang terhasil daripada persoalan yang kedua iaitu pencapaian bantuan agihan zakat, adalah keluar dari kelompok asnaf dan berjaya menjadi pembayar zakat. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan kajian yang dijalankan memuaskan tetapi perlu dipertingkatkan dari segi bantuan modal perniagaan dan pengurusan. Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan dapat membantu institusi zakat dalam mempertingkatkan agihan zakat kepada golongan asnaf serta mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Bantuan modal zakat merupakan salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi zakat di Malaysia bagi membantu golongan asnaf melibatkan diri dalam dunia perniagaan seterusnya merubah kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul seperti berlaku penipuan ke atas bantuan yang diberikan, kegagalan usahawan asnaf dalam perniagaan, serta modal yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan modal yang disediakan oleh Institusi zakat serta mengenal pasti sejauhmanakah pencapaian bantuan modal membantu asnaf dalam perniagaan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual seramai 12 orang informan asnaf dan 5 orang pegawai zakat. Tema yang terhasil daripada persoalan pertama berkaitan dengan bentuk bantuan modal perniagaan ialah bantuan kemahiran, bantuan peralatan dan bantuan kewangan. Manakala tema yang terhasil daripada persoalan yang kedua iaitu pencapaian bantuan agihan zakat, adalah keluar dari kelompok asnaf dan berjaya menjadi pembayar zakat. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan kajian yang dijalankan memuaskan tetapi perlu dipertingkatkan dari segi bantuan modal perniagaan dan pengurusan. Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan dapat membantu institusi zakat dalam mempertingkatkan agihan zakat kepada golongan asnaf serta mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. |