Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan penyelesaian masalah melalui kaedah Hermeneutik**
Autor: | Barathy Sinnasamy, Suppiah Nachiappan, Sandra Suffian |
---|---|
Rok vydání: | 2017 |
Zdroj: | Journal Of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education. 7:58-68 |
ISSN: | 2550-1771 2232-0458 |
DOI: | 10.37134/jrpptte.vol7.no2.6.2017 |
Popis: | Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan caracara bagi mengatasi masalah tersebut. Soal selidik diedarkan kepada 6 responden yang merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di beberapa buah sekolah menengah di sekitar daerah Batang Padang. Dapatan kajian dianalisis secara kualitatif menggunakan kaedah Hermeneutik. Hasil kajian mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru adalah ketika pelajar tidak dapat mengaitkan nilai yang dipelajari dengan keadaan sebenar, guru-guru gagal dalam menguasai penyampaian pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral serta kekurangan bahan bantu mengajar. Dapatan kajian menunjukkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dapat diatasi sekiranya guru-guru mengambil inisiatif mempelbagaikan kaedah bagi menarik minat pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah perlu memberi sokongan dalam mengorganisasi program khas, seminar dan kursus kepada guru, meningkatkan kelengkapan bahan bantu mengajar agar menjayakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |