Sokongan Kewangan Anak Lelaki dan Perempuan dalam Membantu Ibu Bapa Mengerjakan Haji
Autor: | Suriati Ghazali, Norizan Musa |
---|---|
Rok vydání: | 2021 |
Předmět: | |
Zdroj: | Melayu Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. 14:159-180 |
ISSN: | 2682-8049 1675-6460 |
Popis: | Mengerjakan haji menjadi impian setiap orang yang beragama Islam. Antara faktor yang menjadi pertimbangan ibu bapa untuk memenuhi hasrat ini termasuklah anak-anak yang masih dalam tanggungan dan ketidakecukupan wang. Masa yang sesuai untuk memenuhi impian terpendam ini adalah apabila anak-anak sudah dewasa dan telah bekerja. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana bantuan wang ringgit daripada anak-anak dapat membantu ibu bapa mengerjakan haji. Seterusnya, membandingkan bantuan kewangan berasaskan gender anak-anak. Responden kajian terdiri daripada 10 orang ibu atau bapa berumur 60 tahun dan ke atas, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Responden dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan, dan mereka telah ditemu bual secara mendalam. Data dan maklumat hasil temu bual dianalisis menggunakan analisis kandungan dan disusun mengikut tema selepas ditranskripsikan dan dibincangkan. Hasil kajian ini mendapati sokongan berbentuk pemberian wang secara tidak tetap dan berkala, serta pembiayaan sepenuhnya telah berjaya merealisasikan impian sebahagian ibu bapa untuk mengerjakan haji. Kajian ini telah menyumbang kepada pengetahuan tentang peranan sokongan berbentuk kewangan daripada anak lelaki dan perempuan telah memainkan peranan untuk membantu ibu bapa memenuhi cita-cita menunaikan haji, satu perjalanan massa (besar-besaran) yang diwajibkan atas semua warga Muslim (yang berkemampuan). Khususnya, mereka yang sudah berumur, yang ingin mencapai impian memenuhi rukun Islam yang kelima. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |