Amalan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Autor: Aida Hanim A. Hamid, Won Chee Leong
Rok vydání: 2023
Předmět:
Zdroj: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 8:e002184
ISSN: 2504-8562
Popis: Sistem pendidikan sedunia telah berubah secara pesat mengikut arus pembangunan teknologi yang deras menyebabkan pengintegrasian teknologi menjadi tunjang utama dalam sistem pendidikan. Amalan kepimpinan teknologi merupakan elemen penting dalam pemupukan komitmen guru. Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenal pasti tahap kepimpinan teknologi guru besar dan hubungan dengan komitmen guru program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan kaedah tinjauan telah digunakan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 285 orang guru sekolah rendah bawah program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di zon Pudu Bangsar Kuala Lumpur secara rawak. Perisian SPSS versi 26 telah digunakan untuk mentafsir data yang dikumpulkan secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan teknologi guru besar pada tahap tinggi (min=3.901, sp=0.706). Tahap komitmen guru dilaporkan pada tahap yang tinggi (min=3.760, sp=0.573). Analisis Korelasi Spearman-Rho menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara kepimpinan teknologi guru besar dengan komitmen guru program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) (r=0.652; p
Databáze: OpenAIRE