[The Implementation on Faith in Malaysia Education Policy: Analysis of The Philosophy of National Education and Islamic Hadhari] Penerapan Akidah dalam Dasar Pendidikan Malaysia: Analisis Terhadap Falsafah Pendidikan Negara dan Islam Hadhari
Autor: | Rahimah Embong, Mohd Shafiee Hamzah, Nik Murshidah Nik Din, Azli Fairuz Bin Laki |
---|---|
Rok vydání: | 2015 |
Zdroj: | Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. 9:1-9 |
ISSN: | 2289-6325 1985-7667 |
DOI: | 10.37231/jimk.2015.9.0.79 |
Popis: | This paper aims to see the extent to which the application of the elements of faith in the Philosophy of National Education in Malaysia. In fact, faith is the most basic thing in building excellent human capital. This has been proven when the revelation of the Qur'an which is rabbani (divine) has emphasized the approach from the aspect of faith as the most important basis in the construction of the Islamic community at an early stage. From this approach, the ignorant Arab society has been successfully transformed into an Ummah that sketches a very superior human civilization history. In the Malaysian context, Islam has been declared the official religion of the country. Thus, it is assumed that the element of Islamic faith has been applied into all national policies in every aspect including education. This study uses an inductive approach, national education policies are analyzed critically and a conclusion is made based on the analysis. This study found that the application of the element of faith is the core to the formation of education policies in Malaysia, especially in the National Education Philosophy which is the backbone of the education system in Malaysia and also the formation of government policies such as the Islamic Hadhari Policy. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penerapan unsur akidah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Hakikatnya, akidah merupakan perkara yang paling dasar dalam pembinaan modal insan yang cemerlang. Perkara ini telah terbukti apabila penurunan al-Quran yang bersifat rabbani (ketuhanan) telah menekankan pendekatan dari aspek akidah sebagai dasar yang terpenting dalam pembinaan komuniti Islam pada peringkat permulaan. Dari pendekatan tersebut, masyarakat Arab jahiliah telah berjaya ditransformasikan kepada satu Ummah yang melakar sejarah ketamadunan manusia yang sangat unggul. Dalam konteks Malaysia, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi negara. Justeru, diandaikan bahawa unsur akidah Islam telah diterapkan ke dalam semua dasar negara dalam setiap aspek termasuk pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif, dasar-dasar pendidikan negara dianalisis secara kritikal dan satu kesimpulan dibuat berdasarkan analisis tersebut. Kajian ini mendapati bahawa penerapan unsur akidah menjadi teras kepada pembentukan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terutamanya dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di Malaysia dan juga pembentukan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Islam Hadhari. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |