Hak Asasi Manusia dalam Proses Siasatan Kematian di Malaysia: Suatu Penilaian Semula

Autor: Shamshol Azwa Martadza, Muhamad Helmi Md Said
Rok vydání: 2023
Předmět:
Zdroj: Kanun Jurnal Undang-undang Malaysia. 35:39-68
ISSN: 2682-8057
0128-2670
Popis: Hak asasi manusia ialah suatu hak yang bukan sahaja dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tetapi juga pada peringkat antarabangsa. Artikel 2 Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) telah memberikan suatu perlindungan kepada seseorang individu untuk menikmati hidup berserta kepentingan yang dijamin oleh undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang koroner haruslah sentiasa mendapat sokongan daripada pihak bertanggungjawab, terutamanya pemerintah sesebuah negara agar hak asasi ini sentiasa diterapkan dan dipelihara tanpa sebarang pencabulan. Kes kematian dalam tahanan, terutamanya yang melibatkan salah laku atau kecuaian pihak polis, pihak penjara dan pihak hospital haruslah diberi perhatian khusus dan disiasat oleh koroner secara menyeluruh kerana melibatkan pencabulan hak asasi yang serius. Antara persoalan yang harus dipertimbangkan termasuklah berkenaan ECHR sebagai suatu model dalam perspektif global yang menggariskan panduan berkenaan inkues ini. Kerangka perundangan domestik berkenaan proses inkues perlu dimurnikan dengan penerapan prinsip hak asasi yang boleh diaplikasi oleh koroner di Malaysia. Penulisan ini menganalisis aplikasi Artikel 2 ECHR dalam sistem perundangan bidang kuasa luar, iaitu United Kingdom dan Australia, dengan mengkaji kes dan perkembangan peruntukan undang-undang terkini sebagai suatu contoh bagi Malaysia agar koroner dapat melunaskan tugasnya dengan penuh integriti ketika mencari kebenaran melalui siasatan kematian atau inkues yang efektif dan lebih sistematik
Databáze: OpenAIRE