Autor: |
Mohd Hisyam Abdul Rahim, Abd Shakor Borham, Muhammad Misbah, Faisal Husen Ismail, Muhammad Masruri, Arwansyah Kirin |
Rok vydání: |
2021 |
Předmět: |
|
Zdroj: |
Al Hikmah International Journal of Islamic Studies and Human Sciences. 4:130-149 |
ISSN: |
2637-0581 |
DOI: |
10.46722/hkmh.4.1.21f |
Popis: |
Berubat daripada segala penyakit samaada fizikal ataupun spiritual merupakan sesuatu perkara yang dituntut oleh Islam. Ia merangkumi pelbagai rawatan menggunakan ubat-ubatan, tanaman herba serta rawatan menggunakan doa daripada al-Quran dan al-Sunnah. Namun dalam kehidupan harian, masih ramai yang belum mengenal perubatan yang telah diasaskan Nabi SAW. Kertas kerja ini bertujuan bagi menjelaskan kaedah Rasulullah SAW dalam menangani pesakit. Analisis konten merupakan fokus utama kajian ini. Ianya berkenaan kaedah terapi yang digunakan Rasulullah SAW dalam menangani penyakit. Kaedah pengubatan Rasulullah SAW ini merupakan terapi alamiah menggunakan herba atau bahan semula jadi dan terapi spiritual. Penggunaan doa-doa daripada al-Quran serta ijtihad Baginda SAW merupakan antara asas dalam rawatan selain penggunaan bahan-bahan yang halal dan tidak terkeluar daripada prinsip syariat. Terapi Nabi juga dilakukan dengan konsep berikhtiar dan bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan serta menjaga lima perkara asas syariat Islam. Rawatan Islam merupakan antara media dakwah yang sangat memberi kesan baik kepada pesakit dan keluarga pesakit. Konsep terapi Nabi SAW ini diharapkan sebagai antara panduan asas bagi setiap orang Islam dalam menangani penyakit fizikal dan spiritual serta boleh membantu masyarakat yang tertimpa musibah. |
Databáze: |
OpenAIRE |
Externí odkaz: |
|