Perakaunan Zakat Pelaburan: Kes Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Autor: Mohd ‘Adli Zahri, Nurul Ilyana Muhd Adnan, Zahri Hamat, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Rok vydání: 2023
Zdroj: Journal of Fatwa Management and Research. 28:85-95
ISSN: 0127-8886
2232-1047
DOI: 10.33102/jfatwa.vol28no1.499
Popis: Aset pelaburan adalah antara aset baharu yang diwajibkan zakat. Aset pelaburan terdiri sama ada dalam bentuk aset fizikal seperti tanah dan bangunan ataupun dalam bentuk aset kewangan seperti saham dan dana amanah. Kedua-kedua aset ini diwajibkan zakat. Persoalannya ialah, zakat terhadap pelaburan dalam bentuk aset fizikal dikenakan ke atas pendapatan daripada aset tersebut, sedangkan zakat terhadap pelaburan dalam bentuk aset kewangan dikenakan ke atas aset dan pendapatan daripada aset tersebut. Apakah tepat kaedah perakaunan zakat terhadap kedua-dua aset pelaburan itu? Kertas ini akan cuba menjawab persoalan tersebut. Berdasarkan data sekunder dengan menggunakan analisis kandungan, akan dihujahkan bahawa dengan mengambil kira maksud pegangan terhadap Amanah Saham Bumiputera (ASB), maka zakat sepatutnya dikenakan ke atas pendapatan dividen sahaja.
Databáze: OpenAIRE