Perluasan Tafsiran Asnaf Fakir Dan Miskin Dalam Konteks Pandemik Di Malaysia

Autor: Nur Wahida Lokman
Rok vydání: 2022
Zdroj: Journal of Fatwa Management and Research. 27:82-98
ISSN: 0127-8886
2232-1047
Popis: Penularan wabak Covid-19 telah memperlihatkan kecekapan institusi zakat menguruskan wang dana zakat dengan pantas dan berkebajikan. Pelbagai jenis golongan seperti golongan T20 yang terjejas pendapatan oleh kerana wabak Covid-19 juga turut dibantu oleh pihak institusi zakat. Situasi ini menunjukkan skop agihan zakat kepada asnaf telah diperluaskan bagi menjamin kebajikan umat Islam terjaga. Namun begitu, timbul persoalan dari sudut kedudukan golongan baharu yang boleh dikategorikan sebagai golongan asnaf dalam konteks pandemik. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tafsiran asnaf fakir dan miskin menurut ulama 4 Mazhab, tafsiran kontemporari dan perluasan tafsirannya dalam konteks pandemik. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan analisis dalam mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pentafsiran asnaf fakir dan miskin dalam konteks pandemik boleh diperluaskan seperti mereka yang kehilangan punca pendapatan, hilang pekerjaan dan pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan. Diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada institusi zakat mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan zakat. Kajian lanjutan terhadap perluasan tafsiran asnaf gharimin dalam konteks pandemik perlu dilakukan kerana ia juga melibatkan hutang masyarakat yang terjejas semasa pandemik.
Databáze: OpenAIRE