Konsep Komunikasi Dakwah Bukan Lisan (Non-Verbal) Badiuzzaman Said Nursi Berdasarkan Kitab Rasail An-Nur
Autor: | Muaz Mohd Noor, S. Salahudin Suyurno, Faridah Mohd Sairi |
---|---|
Rok vydání: | 2022 |
Zdroj: | Journal of Fatwa Management and Research. 27:64-72 |
ISSN: | 0127-8886 2232-1047 |
DOI: | 10.33102/jfatwa.vol27no2.438 |
Popis: | Komunikasi dakwah efektif sangat diperlukan dalam memelihara kemaslahatan masyarakat supaya sentiasa berada dalam keamanan, kedamaian dan harmoni. Niaz Muhammad dan Fazle Omer menyatakan bahawa prinsip-prinsip komunikasi dakwah yang efektif perlu meliputi semua aspek komunikasi verbal dan komunikasi non-verbal. Sementara S. Salahudin Suyurno menyatakan dakwah yang efektif hari ini perlulah berdasarkan manhaj rabbaniyyah, sebagaimana yang ditekankan oleh Allah SWT di dalam surah an-Nahl, ayat 125. Kedua-dua hal ini tercakup dalam metode komunikasi Said Nursi ketika berdakwah sehingga tersebar ke seluruh Turki khususnya. Maka kajian ini memfokuskan kajian berkenaan bentuk-bentuk komunikasi Badiuzzaman Said Nursi khususnya komunikasi bukan lisan (non-verbal) semasa menyebar dan menyampaikan dakwah, yang diadaptasi menerusi karya agungnya, Rasail an-Nur. Metodolgi kajian ini adalah berdasarkan rujukan terhadap kitab beliau sendiri iaitu kitab Rasail an-Nur, serta penulisan daripada sarjana-sarjana tentang komunikasi dakwah beliau. Hasil kajian mendapati pengalaman berdakwah Badiuzzaman Said Nursi dalam pelbagai peringkat hidup beliau seperti dalam politik, pendidikan, peperangan mengangkat senjata dan sebagainya, menyebabkan beliau sarat dengan pengalaman berdakwah dengan kepelbagaian bentuk komunikasi khususnya dalam bentuk bukan lisan (non-verbal), seterusnya beliau diangkat sebagai tokoh dakwah dan islah kontemporari, sehingga digelar ‘badiuzzaman’ iaitu keunggulan zaman. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |