PERBEZAAN JANTINA DALAM PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA ARAB [GENDER DIFFERENCES IN THE USE OF STRATEGIES FOR ARABIC LANGUAGE LEARNING]

Autor: Kamarul Shukri Mat Teh, Nadhilah Abdul Pisal
Rok vydání: 2018
Zdroj: Journal of Nusantara Studies (JONUS). 3:143
ISSN: 0127-9386
0127-9319
DOI: 10.24200/jonus.vol3iss1pp143-153
Popis: Gender is one of the factors that distinguish the use of language learning strategies among students. Therefore, this study was carried out to determine the level and types of language learning strategies used by male and female students. Data were collected through questionnaires distributed to 350 form four students from 12 religious secondary schools in Kedah, Malaysia. Descriptive findings showed that both groups of students used the strategies at a moderate level except for the reading strategies which were highly employed by female students. The results of t-test analysis show that there is a significant difference on the overall use of the strategies and in the five main constructs of strategies based on gender. Overall, the female students were found to surpass the male students in the use of language learning strategies. However, the construct of listening strategies did not show significant difference result. In conclusion, the female students used language learning strategies more frequently than the male students. The implication of this study is that teachers can plan a variety of language activities to encourage the use of certain strategies by different genders. Keywords: Language learning strategies, language skills, strategies for language learning skills, Arabic language, gender. Cite as: Abdul Pisal, N. & Mat Teh, K.S. (2018). Perbezaan jantina dalam penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa Arab [Gender differences in the use of strategies for Arabic language learning]. Journal of Nusantara Studies, 3(1), 143-153. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol3iss1pp143-153 Abstrak Perbezaan jantina merupakan salah satu faktor yang didapati turut membezakan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap dan jenis penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa (SPKB) oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada 350 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah menengah agama sekitar Kedah, Malaysia. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan kedua-dua kumpulan pelajar menggunakan strategi pada tahap sederhana sama ada secara keseluruhan mahupun berdasarkan konstruk, kecuali pada konstruk strategi membaca, pelajar perempuan menggunakannya pada tahap tinggi. Hasil analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan penggunaan SPKB secara keseluruhan dan mengikut lima konstruk strategi utama berdasarkan jantina. Pelajar perempuan didapati mendahului pelajar lelaki dalam penggunaan strategi secara keseluruhan dan berdasarkan lima konstruk strategi utama tersebut. Sementara itu, baki satu konstruk strategi utama iaitu strategi mendengar tidak menunjukkan perbezaan signifikan. Kesimpulannya, pelajar perempuan didapati lebih banyak dan kerap menggunakan strategi pembelajaran bahasa berbanding pelajar lelaki. Implikasi kajian ini, guru boleh merancang pelbagai aktiviti bahasa yang dapat menggalakkan penggunaan sesuatu strategi dengan lebih kerap kepada kumpulan pelajar yang berlainan jantina. Kata kunci: Strategi pembelajaran bahasa, kemahiran berbahasa, strategi pembelajaran kemahiran berbahasa, bahasa Arab, jantina.
Databáze: OpenAIRE