Kesan Gabungan Aktiviti Guna Tanah dan Perubahan Musim terhadap Kualiti Sumber Air: Kajian Kes di Terusan Utara, Kedah

Autor: Naimah Ibrahim, Muhammad Ridwan Fahmi, Mohd. Suhaimi Ahmad, Mustaqqim Abdul Rahim
Rok vydání: 2016
Předmět:
Zdroj: Sains Malaysiana. 45:1857-1867
ISSN: 0126-6039
DOI: 10.17576/jsm-2016-4512-10
Popis: Suatu kajian untuk menilai kesan gabungan aktiviti guna tanah dan perubahan musim terhadap kualiti sumber air telah dijalankan di Terusan Utara, Kedah. Kajian ini dijalankan di lima stesen terpilih selama 12 bulan berdasarkan Indeks Kualiti Air (WQI) dan Piawaian Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS). Kajian mendapati kualiti air di Terusan Utara berada pada Kelas III dan berlaku peningkatan kualiti air dari hulu ke hilir. Hampir semua stesen berpotensi sebagai punca pencemaran berdasarkan aktiviti guna tanah terutamanya di Pelubang, Jitra serta Tunjang. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ketika perubahan musim pada DO, TSS serta BOD, namun tidak pada ammonia, pH dan COD. Secara amnya, kombinasi aktiviti guna tanah dan perubahan musim boleh mempengaruhi atau memberi kesan terhadap kualiti sumber air. Oleh itu, tindakan segera perlu dilakukan untuk mengawal punca pencemaran bagi memastikan kualiti sumber air di Terusan Utara kekal terpelihara.
Databáze: OpenAIRE