Fosil Radiolaria daripada Batuan Bersilika-Rijang di Pos Blau (Singkapan PB-1), Baratdaya Kelantan, Semenanjung Malaysia

Autor: Basir Jasin, Muhammad Ashahadi Dzulkafli, Norasiah Sulaiman, Mohd Shafeea Leman
Rok vydání: 2018
Předmět:
Zdroj: Sains Malaysiana. 47:2259-2268
ISSN: 0126-6039
DOI: 10.17576/jsm-2018-4710-03
Popis: Fosil radiolaria berusia Perm Awal telah ditemui daripada batuan silika-rijang di Pos Blau, baratdaya Kelantan, Semenanjung Malaysia. Sebanyak empat puluh spesies radiolaria tergolong dalam lima belas genera dan tujuh famili telah dikenal pasti. Fauna radiolaria yang diperoleh termasuklah spesies penunjuk usia seperti Pseudoalbaillella lomentaria, Ps. sakmarensis, Ps. scalprata scalprata, Ps. scalprata postscalprata dan Ps. scalprata rhombothoracata. Kesemua radiolaria ini mewakili usia Perm awal merujuk kepada Zon Himpunan Pseudoalbaillella lomentaria (Sakmarian Awal) dan Zon Himpunan Pseudoalbaillella scalprata m. rhombothoracata (Sakmarian Akhir). Keputusan ini dapat menambah baik maklumat biostratigrafi radiolaria dan usia batuan bersilika-rijang di kawasan Pos Blau dan di dalam Zon Sutura Bentong-Raub.
Databáze: OpenAIRE