Model Pendidikan Kerohanian Terhadap Anak-anak dalam Kalangan Wanita Cemerlang Sektor Awam
Autor: | Naemah Hamzah, Mohd Ismail Mustari, Bushrah Basiron |
---|---|
Jazyk: | arabština |
Rok vydání: | 2015 |
Předmět: | |
Zdroj: | Global Journal Al-Thaqafah, Vol 5, Iss 1, Pp 105-117 (2015) |
ISSN: | 2232-0482 2232-0474 |
Popis: | Pendidikan kerohanian merupakan kewajipan setiap ibu bapa. Namun, penglibatan aktif wanita moden dalam kerjaya memberi cabaran terhadap perkembangan anak yang sempurna. Oleh kerana itu, pendidikan anak masa kini mestilah mengikut acuan Islam yang sebenar dan disesuaikan dengan realiti semasa untuk mendapat kesan yang optimum. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual mendalam, analisis dokumen yang melibatkan kitab Turath, dan pandangan ulama kontemporari. Temu bual mendalam dijalankan terhadap wanita profesional cemerlang yang berkhidmat di sektor awam dengan gred 54 dan JUSA. Data sokongan temu bual kajian ini melibatkan suami, anak, majikan, dan rakan sekerja bagi mewujudkan triangulasi data. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis secara bertema menggunakan perisian Nvivo 7.0. Polapola dapatan kajian ini telah menghasilkan satu model pendidikan anak yang sesuai dengan perkembangan semasa. Hasil kajian ini dikemukakan sebagai panduan bagi wanita bekerjaya masa kini, ibu bapa, masyarakat, institusi kerajaan, dan swasta. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |