PERKAHWINAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA: HAD UMUR MINIMUM DAN IMPLIKASINYA

Autor: Dr Nik Rahim Nik Wajis, Mualimin Mochammad Sahid, MOHAMAD ISMAIL MOHAMAD YUNUS, NURLIYANA SHAHIRA BAHARLI
Jazyk: arabština
Rok vydání: 2020
Předmět:
Zdroj: Malaysian Journal of Syariah and Law, Vol 8, Iss 2, Pp 15-30 (2020)
ISSN: 2590-4396
1985-7454
Popis: Perbezaan pemikiran, kefahaman dan interpretasi undang-undang serta kesan daripada perkahwinan di bawah umur membawa kepada perbahasan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Meskipun wujud had umur minimum yang diperuntukkan, namun undang-undang tersebut dilihat tidak relevan untuk diaplikasikan pada masa kini merujuk kepada implikasi perkahwinan di bawah umur yang lebih memberi kemudaratan kepada kanak-kanak terutamanya dari sudut kesihatan dan pendidikan. Jesteru itu, artikel ini akan membincangkan kedudukan perkahwinan kanak-kanak menurut perspektif Syariah dan perundangan di Malaysia. Artikel ini turut membincangkan kedudukan perkahwinan kanak-kanak di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) serta implikasi perkahwinan tersebut kepada diri kanak-kanak dari sudut hak kesihatan dan pendidikan. Metodologi kajian kualitatif iaitu kajian perpustakaan digunakan dengan menganalisis dokumen primer dan sekunder seperti kitab turath, Akta dan Enakmen Negeri-Negeri serta penulisan akademik di dalam jurnal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya peruntukan berkaitan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur namun perincian secara jelas dan spesifik mengenai alasan dan faktor yang perlu diambil kira dalam memberikan kebenaran bagi perkahwinan tersebut tidak dinyatakan. Selain itu, artikel ini juga mendapati wujudnya implikasi negatif terhadap hak kesihatan dan hak pendidikan kanak-kanak hasil perkahwinan di bawah umur. Maka, artikel ini mencadangkan supaya pemurnian peruntukan sedia ada dan peningkatan kesedaran masyarakat tentang perkahwinan di bawah umur melalui pendidikan perlu di lakukan demi menjaga kemaslahatan kanak-kanak.
Databáze: OpenAIRE