Aplikasi Mudah Alih e-Ponteng: Menyokong Usaha untuk Menangani Isu Ponteng Sekolah di Sekolah Menengah Bermasalah
Autor: | Ahmad Irfan Ismail, Azniah Ismail |
---|---|
Jazyk: | angličtina |
Rok vydání: | 2021 |
Předmět: | |
Zdroj: | Journal of ICT in Education, Vol 8, Iss 3, Pp 126-139 (2021) |
Druh dokumentu: | article |
ISSN: | 2289-7844 0127-9750 |
DOI: | 10.37134/jictie.vol8.sp.1.10.2021 |
Popis: | Ponteng sekolah merupakan masalah disiplin yang belum terungkai. Bilangan pelajar yang terlibat dalam masalah ponteng sekolah terus meningkat dari semasa ke semasa. Pada masa kini, penggunaan aplikasi dan sistem dalam abad ke-21 adalah sangat releven dan dipercayai dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang melibatkan isu-isu pengurusan sekolah. Rasional kajian ini adalah untuk membangunkan aplikasi mudah alih e-Ponteng berdasarkan model ADDIE sebagai platform yang menyokong usaha pihak sekolah menengah yang bermasalah bagi menyelesaikan isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Pembangunan aplikasi ini adalah berdasarkan model ADDIE melibatkan lima (5) fasa yang terdiri daripada fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa implementasi, dan fasa penilaian. Guru-guru yang mengajar di sekolah bermasalah, termasuk guru kaunseling, terlibat di dalam penilaian aplikasi ini. Kajian ini melibatkan 30 orang guru yang terdiri daripada guru lelaki dan guru perempuan yang sekurang-kurangnya mempunyai setahun pengalaman bekerja di sekolah menengah yang bermasalah. Setiap responden diberi soalan berkaitan kebolehgunaan aplikasi, paparan antara muka aplikasi dan reka bentuk multimedia aplikasi tersebut. Hasil dapatan kajian akhir mendapati bahawa kajian ini berjaya merekodkan lebih 90% responden yang sangat berpuas hati terhadap kebolehgunaan aplikasi yang mudah dan paparan muka yang ringkas dan mempunyai elemen-elemen multimedia yang menarik. Diharap, aplikasi mudah alih e-Ponteng menjadi aplikasi yang sesuai digunakan dalam usaha menangani gejala ponteng sekolah di sekolah menengah bermasalah. Abstract School truancy issue is an unresolved disciplinary issue. The number of students involved in skipping schools is increasing from time to time. Nowadays, the use of applications and systems in the 21st century is very relevant, and it is believed to be able to solve various problems including school management issues. The rationale of the study is to develop the "e-Ponteng" mobile application based on the ADDIE model as a supporting tool for troubled secondary school in solving their students' issues of skipping schools. The application development process was conducted based on ADDIE model, which involved five (5) phases, i.e., the analysis, design, development, implementation, and evaluation phases. Teachers who teach in a troubled secondary school, including counselling teachers, were involved in evaluating the application. The study involved 30 teachers with at least one year of working experience in troubled secondary schools. Each respondent was given questions related to the usability of the application, the display of the application interface, and the application's multimedia design. As a result, this study managed to record more than 90% of respondents who were very satisfied with the application's usability, the simple interface and its interesting multimedia elements. Hopefully, the "e-Ponteng" mobile application can become a suitable solution to help manage the class truancy issues. |
Databáze: | Directory of Open Access Journals |
Externí odkaz: |