Speech and Language Development of Malay Children with Cochlear Implants under the National Cochlear Implant Program, Ministry of Health Malaysia

Autor: NORYANTIMARLINA ABDULLAH, BASYARIATUL FATHI OTHMAN, KARTINI AHMAD, PHILIP RAJAN DEVESAHAYAM, YAZMIN AHMAD RUSLI
Rok vydání: 2022
Zdroj: Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 20:37-50
ISSN: 2289-4535
1675-8161
DOI: 10.17576/jskm-2022-2001-04
Popis: Kemahiran bahasa dan pertuturan merupakan antara komponen penting dalam menentukan keberhasilan penggunaan implan koklea. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea menggunakan borang soal jawab skala perkembangan dan mengenalpasti faktor demografi yang menyumbang kepada pencapaian kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea daripada Program Implan Koklea Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan umur kronologi antara 33 hingga 99 bulan (min=70, SP=18.9), umur semasa implan antara 18 hingga 71 bulan (min=40, SP=13.5) dan umur pendengaran antara 13 bulan hingga 48 bulan (min=30, SP=10.5). Instrumen yang digunakan adalah The Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2). Borang soal jawab diberikan kepada ibu bapa atau penjaga seterusnya temubual melalui telefon dilakukan. Hasil kajian menunjukkan hanya 9 subjek (35%) yang berjaya mencapai skor purata ISD-Mv2 setara atau lebih dari umur pendengaran. Antara enam komponen ISD-Mv2, komponen kognitif mencapai peratusan tertinggi dengan 96.79 peratus manakala penghasilan bahasa adalah yang terendah (76.21%). Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara kemahiran mendengar dengan pemahaman bahasa (r=0.554, p
Databáze: OpenAIRE