Popis: |
Terminology refers to specific technical terms used with a particular field of study. In contrast, terminography deals with the collection, interpretation, processing and delivery of terms with a specific use in one or several languages. This paper describes terminology as a subfield of applied linguistics that may help preserve the culture of an individual community, especially in Malaysia, where its society comprises people from various races and ethnicities. Therefore, understanding a culture is important to ensure harmony and unity. In this instance, couture is a cultural artefact with aesthetic value and capable of distinguishing racial identity. For the state of Sabah, the largest ethnic group is the Kadazandusun, which can be further classified into sub-ethnic groups, Kadazan and Dusun. Thus, the objective of this study is to identify dan define the terms used in Kadazan Penampang couture with the application of a traditional approach to the formation of terms based on concepts named the General Theory of Terminology (TUT). Data was collected through literary research and interviews with informants, which were subsequently compiled into a terminographic record. Results showed that the terminography based on concept mapping and terminography records could build a more systematic Kadazan Penampang couture terminology. On the whole, this study may bolster a general understanding of the field of terminology, in addition to preserving the culture, specifically the couture, of Malaysia’s Kadazan Penampang ethnic group. Keywords: terminology, terminography, Kadazan Penampang couture, identity, Malaysia Abstrak Terminologi yang dikenali juga sebagai peristilahan merujuk aspek perbendaharaan kata teknikal, iaitu kumpulan istilah yang mempunyai kaitan dengan satu bidang khusus. Terminografi merupakan kerja yang berkaitan dengan pengumpulan, penghuraian, pemprosesan dan penyampaian kosa kata milik penggunaan yang khusus dalam satu atau beberapa bahasa. Makalah ini menghuraikan bidang terminologi sebagai subbidang linguistik terapan yang berupaya melestarikan budaya sesebuah masyarakat, khususnya di Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Pemahaman terhadap sesuatu budaya penting bagi memastikan keharmonian dan perpaduan kaum dapat dikekalkan. Busana merupakan satu daripada unsur budaya yang memiliki nilai estetika dan berupaya mencirikan identiti etnik. Di Sabah, Kadazandusun merupakan kelompok etnik terbesar yang dapat dibahagikan kepada subetnik Kadazan dan Dusun. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti istilah busana tradisi yang dipakai oleh subetnik Kadazan Penampang dan membina takrif berdasarkan ciri istilah-istilah tersebut. Kajian ini menerapkan Teori Umum Terminologi (TUT), iaitu pendekatan tradisional dalam pembentukan istilah yang bertitik tolak daripada konsep. Metodologi pengumpulan data melibatkan kajian kepustakaan dan temu bual bersama-sama informan. Data terkumpul kemudiannya disusun dalam rekod terminografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terminografi berasaskan pemetaan konsep dan rekod terminografi dapat membina terminologi busana Kadazan Penampang yang lebih sistematik. Kajian ini juga dapat membantu pemahaman umum berkenaan bidang terminologi di samping melestarikan unsur budaya, khususnya busana etnik Kadazan Penampang. Kata Kunci: terminologi, terminografi, busana Kadazan Penampang, identity, Malaysia |