Kekeliruan Antara Jenayah Zina Dan Rogol Statutori Di Malaysia: Keperluan Kepada Penjelasan Fatwa
Autor: | Nur Aina Abdulah |
---|---|
Rok vydání: | 2022 |
Zdroj: | Journal of Fatwa Management and Research. 27:152-161 |
ISSN: | 0127-8886 2232-1047 |
Popis: | Zina adalah jenayah berat di dalam Islam, begitu juga dengan rogol. Kedua-duanya adalah persetubuhan haram di luar perkahwinan, tetapi dibezakan oleh cara ia dilakukan. Permasalahnya adalah kekeliruan yang terjadi berikutan undang-undang rogol statutori di Malaysia yang mendefinisikan rogol sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bersama seorang perempuan yang berumur di bawah 16 tahun sama ada dengan kerelaannya atau tidak. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisa isu-isu yang menjadi kekeliruan antara jenayah zina dan rogol statutori ini. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk memberi cadangan kepada pihak berautoriti agama untuk memberi penjelasan hukum melalui fatwa dalam isu ini. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga perkara yang menjadi kekeliruan; iaitu elemen kerelaan, umur perempuan dan hukuman yang dikenakan. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |