Penggunaan ICT Sebagai Medium Komunikasi Perniagaan Usahawan B40: Satu Kajian Rintis

Autor: null Faradillah Iqmar Omar, null Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan, null Mawar Murni Yunus, null Nor Azlili Hassan
Rok vydání: 2022
Zdroj: e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. :152-166
ISSN: 2289-7909
DOI: 10.53840/ejpi.v9i1.73
Popis: Persekitaran komunikasi pada hari ini banyak bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini telah menjadi fenomena penting dalam pelbagai aspek kehidupan, ekonomi dan sosial masyarakat. Komunikasi tidak lagi hanya bersemuka malah berterusan dengan rancak menerusi medium dan pelbagai aplikasi ICT. Perkara ini juga merangkumi aktiviti perniagaan di era digital. Kertas kerja ini merupakan satu kajian rintis yang membincangkan tentang penggunaan ICT sebagai medium komunikasi perniagaan dalam kalangan usahawan B40. Antara objektif kertas kerja ini adalah untuk meninjau pola penggunaan ICT dalam kalangan usahawan B40 serta mengenal pasti tahap kebolehpercayaan item. Data dipungut melalui kaedah kuantitatif secara tinjauan terhadap 30 orang usahawan B40 di Semenyih. Satu set borang soal selidik diedarkan secara bersemuka kepada responden. Hasil kajian rintis mendapati bahawa responden kerap menggunakan ICT bagi membolehkan mereka berkongsi sumber yang membantu mereka menjalankan perniagaan serta dapat menguruskan pesanan daripada pelanggan dengan cekap. Ujian kebolehpercayaan bagi dimensi penggunaan ICT ini adalah diterima dengan bacaan Cronbach Alpha α=.832. Ironinya, usahawan B40 amat digalakkan untuk mengoptimum penggunaan ICT sebagai medium komunikasi perniagaan serta platform pemasaran yang lebih berdaya saing.
Databáze: OpenAIRE