Kehadiran Interaksi Supramolekul dalam SebatianPolimer Koordinatan Baharu Terbitan Ligan N,N’-2,6-bis(3-piridilmetil)piridina Dikarboksiamida

Autor: Nafisah Mansor, Nur Shuhaila Haryani Haris, Maisara Abdul Kadir
Rok vydání: 2022
Předmět:
Zdroj: Sains Malaysiana. 51:1799-1810
ISSN: 2735-0118
0126-6039
DOI: 10.17576/jsm-2022-5106-16
Popis: Kehadiran beberapa interaksi supramolekul seperti ikatan hidrogen dan susunan pi-pi adalah penting bukan sahaja untuk menstabilkan struktur molekul tetapi juga memainkan peranan sebagai molekul perumah. Oleh itu, dalam kajian ini, ligan berasaskan amida yang mempunyai bentuk U iaitu N,N’-2,6-bis(3-piridilmetil)piridina dikarboksiamida (L1) telah digunakan sebagai ligan yang berupaya membentuk ikatan hidrogen dengan anion, dan kajian ini berfokus kepada peranannya dalam keadaan polimer koordinatan. Sebagai permulaan, L1 ditindakbalas dengan beberapa logam peralihan melalui kaedah penyejatan perlahan untuk menghasilkan tiga polimer koordinatan yang baharu. Polimer koordinatan ini mempunyai formula molekul, {[Cd(L1)2(H2O)2](NO3)2.H2O}n (1), {[Cd(L1)2(H2O)2](ClO4)2}n (2) dan {[Co(L1)2(H2O)2](NO3)2}n (3) yang dicirikan melalui analisis unsur, FTIR spektroskopi dan kristalografi sinar-X. Polimer koordinatan 1, 2 and 3 menghablur dalam sistem triklinik dan kumpulan ruang P-1. Konformasi sebatian ini digambarkan sebagai logam-makrosiklik dinuklear yang tersusun seperti rantai leher. L1 didapati bersambung melalui logampusat daripada atom nitrogen, secara berulang-ulang untuk membentuk jaringan satu dimensi. Struktur molekul sebatian baharu ini distabilkan oleh kehadiran ikatan hidrogen intermolekul dan intramolekul, yang terjadi di kawasan NH amida, serta susunan pi-pi di antara gelang aromatik piridina. Dalam struktur hablur ini juga, jaringan metilina membentuk ikatan hidrogen dengan kaunter anion pada moieti2,6-piridina dikarboksamida, menunjukkan potensi sebagai sebatian penerima anion. Kajian DFT telah dijalankan untuk mengenal pasti tenaga interaksi kompleks.
Databáze: OpenAIRE