Popis: |
The art of woodcarving is synonymous with the Malays and features elements such as symbols of its respective owners. Therefore, this study aimed to understand the physical placement and significance of the carving called “buah buton” found in traditional houses of Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan, whose residents practise the “Adat Perpatih” custom. Data collection involved two methods: utilising field work to identify houses with the “buah buton” carving in Luak Tanah Mengandung and interviewing the heirs, customary leaders, researchers and locals. Results showed that the placement of “buah buton” carvings was varied and not restricted to certain areas. However, “buah buton” that were placed in specific areas, such as the “serambi”(porch), may be symbolic of the statuses of its occupants in “Adat Perpatih”. Hence, the influence and practice of this tradition prove that it is not only enshrined in daily life and specific custom but also impacts the elements present in traditional visual art. To that end, this article suggests that the “buah buton” should be placed in government buildings to symbolise the meeting of leaders and professionalism in administration. In addition, exhibitions centred on the themes of monarchies or national leadership may utilise the “buah buton”as a display artefact symbolizing leadership. Keywords: buah buton, carving, house, leader, customary, society Abstrak Ukiran kayu merupakan sebuah kesenian agung yang menjadi identiti kepada bangsa Melayu di samping mengetengahkan elemen seperti perlambangan terhadap pemiliknya. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kedudukan ukiran buah buton yang terdapat pada rumah tradisi di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan yang mempunyai kaitan dengan status penghuninya yang mengamalkan Adat Perpatih. Pengumpulan data melibatkan dua kaedah, iaitu kerja lapangan bagi mengenal pasti rumah-rumah yang mempunyai buah buton di sekitar Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Kaedah kedua pula melalui temu bual, iaitu melibatkan waris, pemimpin adat, penyelidik dan masyarakat tempatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kedudukan buah buton yang terdapat pada rumah-rumah yang terpilih berada pada kedudukan yang berbeza dan tidak terhad. Kedudukan buah buton didapati berada pada sudutsudut tertentu seperti ruang serambi menjadi simbolik terhadap kedudukan penghuninya dalam Adat Perpatih. Pengaruh dan amalan adat tersebut tidak hanya diamalkan dalam kehidupan seharian dan adat-adat tertentu sahaja, malah turut memberi kesan terhadap elemen dalam seni visual tradisi. Oleh itu, dapatan kajian ini turut mendapati bahawa elemen buah buton seharusnya diaplikasikan pada ruang-ruang di bangunan-bangunan kerajaan sebagai simbolik pertemuan para pemimpin dalam kerajaan dan sebagai lambang profesionaliti pentadbiran. Buah buton juga sesuai dijadikan bahan pameran yang bertemakan institusi beraja atau pemimpin negara kerana menjadi bahan sejarah yang mengandungi konteks perlambangan terhadap kepimpinan. Kata kunci: buah buton, ukiran, rumah, pemimpin, adat, masyarakat |